Sunday, 20 July 2014

RANGKAIAN KOMPUTER

MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

Koleksi dua atau lebih komputer yang dihubungkan antara satu sama lain menggunakan medium komunikasi dan peralatan komunikasi bertujuan berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.


MAKSUD KOMUNIKASI
Proses menghantar data daripada penghantar kepada penerima.


TUJUAN RANGKAIAN KOMPUTER

1. Perkongsian fail
2. Memindahkan fail antara komputer
3. Berkongsi peranti seperti pencetak, scanner
4. Berkongsi perisian aplikasi
5. Menggunakan kemudahan emel -surat elektronik - boleh hantar fail lampiran seperti dokumen, gambar, fail

    audio dan video


JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER ( Type of network )

1. LAN - Local Area Network - Rangkaian Kawasan Setempat

- Rangkaian 2 atau lebih PC. Saiz rangkaian kecil.
- Rangkaian dalam satu bangunan atau satu organisasi walaupun berlainan blok
- Penghantaran data laju
- menggunakan kabel UTP - kos agak rendah

2. MAN - Metropolitan Area Network - Rangkaian Kawasan Bandar

- Rangkaian yang menyambungkan PC dalam bandar
- Merangkaikan PC antara dua atau lebih organisasi tetapi terbatas dalam satu kawasan geografi yang kecil - Tidak merentasi sempadan negara.
- Penghantaran data perlahan
- menggunakan kabel fiber optik

3. WAN - Wide Area Network - Rangkaian Kawasan Luas

- Menghubungkan berjuta-juta komputer daripada seluruh dunia
- 24 jam tanpa henti
- Penghantaran data lebih perlahan daripada MAN kerana jarak yang jauh
- Kos menyediakan tinggi kerana menggunakan kabel fiber optic dan satelit

Tuesday, 15 July 2014

PANTUN EMPAT KERAT

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

Maksud
Rangkap 1

Seseorang yang miskin dan tidak mempunyai wang biasanya tidak dihiraukan oleh orang lain. Hal ini akan membuatkan orang berkenaan berasa sangat kecewa.

Rangkap 2

Setiap masalah dan nasib malang yang dihadapi oleh seseorang bukan disebabkan oleh orang lain tetapi sememangnya takdir kehidupannya begitu.

Rangkap 3

Sudah menjadi resam dunia apabila orang itu memiliki sesuatu yang baharu, dia akan mengabaikan yang lama.

Tema : Kesedihan akibat kehidupan yang miskin, nasib yang sentiasa malang, dan sering disisih oleh masyarakat.

Persoalan :

i. Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu masalah.
ii. Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan.
iii. Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu.

Nilai

i. Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya.
ii. Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik.
iii. Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu.

Pengajaran

i. Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi.
ii. Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan.
iii. Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu.

Bentuk
i. Terdiri daripada tiga rangkap pantun.
ii. Puisi ini merupakan pantun enam kerat kerana terdiri daripada enam baris dalam satu rangkap.
iii. Tiga baris pertamanya ialah pembayang dan tiga baris yang terakhir ialah maksud.
iv. Jumlah kata dalam baris adalah antara 3 – 4 patah.
v. Bilangan suku kata dalam baris antara 8 – 12 suku kata.
vi. Rima akhirnya ialah a,b, c, a,b, c.
vii. Puisi ini berbentuk terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional


Gaya bahasa

i. Ada menyelitkan penggunaan kata arkaik/klasik seperti pura (wang).
ii. Ada unsur gaya bahasa perbandingan simile.

Contohnya :
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ibarat melukut di tepi gantang.

Sunday, 13 July 2014

Karangan Tentang Kemalangan

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang  menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

Contoh Karangan - Surat Kiriman Tidak Rasmi

    Gan Lin
                                                                                                        4898, Taman Regent,
                                                                                                        73200 Gemencheh,
                                                                                                        Negeri Sembilan.
                                                           
                                                                                                        18 OKTOBER 2010

            Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.

Saudari,

            Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
           
            Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.

            Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.

            Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?

            Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.

                                                                                                                                                                          
                                                                                                           Sahabatmu,
                                                                                                           _____

Movie

Klau nk Tgk Movie atau download :http://www.collb9.org/

                                                      :http://www2.dfm2u.com/
 
                                                      http://pencurimovie.cc/

Sunday, 6 July 2014