Gan Lin
4898, Taman Regent,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.
18 OKTOBER 2010
Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.
Saudari,
Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?
Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.
Sahabatmu,
_____
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete