TINGKATAN 2
1. Ringan tulang berat perut
Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
2. Ada udang di sebalik batu
Ada hal atau sesuatu yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
3. Kalau (Jika) tidak dipecahkan ruyung manakan (di mana boleh men) dapat sagunya
Tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha.
4. Genggam bara api biar (sampai) jadi arang
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya
nanti.
5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya.
6. Besar hati
a. bangga, gembira
b. Bongkak, sombong
7. Buah hati
Orang yang dikasihi, jantung hati
8. Orang berbudi kita berbahasa = kata hikmat
Orang telah berbudi kepada kita wajar dibalas dengan percakapan yang baik dan sopan.
9. (Mem) Bawa alamat
Menandakan
10. Singkat akal
Tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik.
11. Perang dingin
a. Perang secara saling menggertak, belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dsb.
b. Bergaduh dengan tidak bercakap ( suami isteri dll).
12. Baik sangka
Rasa muhibah
13. Langkah bendul
a. Berkahwin dahulu daripada kakak
b. Memperisterikan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin
14. Mencolok mata
a. Mencucuk mata.
b. Nampak jelas kelihatan benar.
c. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu.
15. Berbalik hati
Berubah hati.
16. Membanting tulang
Bekerja keras (bermati-matian)
17. Batu loncatan
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu.
18. Bidan terjun
a. Bidan yang dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu)
b. Orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang
sepatutnya tidak ada atau tidak hadir)
19. Tangkap maut
Mengambil mana-mana yang sempat (ada) sahaja
20. Lapang dada
Lega, gembira
21. Mati kutu
Tidak dapat berbuat apa-apa
22. Tangkai jering
Kedekut
23. Salah adat
Tidak mengikut adat
24. Jantung hati
Orang yang dikasihi
25. Tumbuk rusuk
Perbuatan rasuah
26. Lain lubuk lain ikan(nya)
Lain negeri lain negerinya
27. Pecah perang
a. Mulaterlibat dalam peperangan
b. Kalah perang
28. Berdiri sama tinggi (tegak), duduk sama rendah
Sama taraf atau sejajar dengan.
29. Seperti (bagai) enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing
sahaja.
30. Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan yang baik
31. Bersatu teguh bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai berai, kita akan
menjadi lemah.
32. Alah membeli menang memakai
Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dsb).
33. Alang-alang mandi biar basah (alang-alang/alang-alangan berminyak biar licin, alangalang/
alang-alangan berdakwat biar hitam)
34. Biar titik jangan tumpah
Biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar
35. Indah khabar daripada rupa
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang
sebenarnya).
36. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung poerahu hanyut.
a. Malu makan perut lapar
b. Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan dapat mencapai kejayaan.
37. Jauhari jua yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu.
38. Sudah terhantuk baru terngadah (tengadah)
Sesudah terkena ( mendapat kesusahan dll) baru beringat-ringat
39. (Baik) Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak (padi belum masak)
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
40. Kecil tapak tangan nyiru (saya) tadahkan.
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan.
41. Jauh berjalan luas pandangan (banyak pamandangan, lama hidup banyak dirasai)
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan
luas pandangannya.
42. Seperti (bagai) aur dengan tebing
Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan.
43. Bagai ayam disambar helang
Padi ditanam tumbuh lalang = untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang
yang berkuasa.
44. Bagai (seperti) rusa masuk kampung
Tercengang-cengang
45. Seperti lintah menghisap darah
Orang yang mengenakan orang lain untuk mendapat keuntungan yang lebih (bayaran yang tinggi
dll).
46. Seperti harimau menyembunyikan (menyorokkan) kuku
Orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya.
47. Seperti embun di hujung rumput
Tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll).
48. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan.
49. Seperti (bagai) hujan jatuh ke pasir
Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia (tidak berbalas)
50. Sayang seribu kali sayang
Kasihan sungguh, berasa belas sungguh
51. Campur tangan
a. Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dll)
b. Terkait atau terlibat dalam hal orang dll.
52. Kalau tidak berada-ada, tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.
53. Seperti api dalam sekam (seperti api makan (dalam ) sekam )
Sesuatu yang berlaku dengan diam-diam.
54. Biar putih tulang, jangan putih mata ( berputih tulang, jangan berputih mata = Lebih
baik berputih
tulang daripada berputih mata)
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
55. Membaca Jambatan Ilmu = Kata Hikmat
Ilmu diperoleh menerusi pembacaan
56. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat).
57. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi.( bukit sama didaki,
lurah sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menurun)
Sepakat (seia sekata).
58. Dapat sama laba, cicir sama rugi
Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata
dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama.
59. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati
terserlah kepada Tuhan.
60. Rupa tak dapat diubah, perangai dapat diubah
Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal akan tetap sama.
Lawannya : Rupa dapat diubah, perangai tak dapat diubah.
61. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa ( kecil jangan (tak boleh)
disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa)
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada
orang-orang muda).
62. Merajuk pada yang kasih, manja pada yang sayang, meminta pada yang ada. (merajuk
kepada yang
kasih (sayang) )
Barang kehendak janganlah yang mustahil (hendaklah mana yang mungkin).
63. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. (bapa borek anak rintik).
64. Buah fikiran
Pendapat
65. Buah mulut
Percakapan (perbualan) orang, buah bibir.
66. Durian runtuh (dapat durian runtuh)
Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau dengan tidak bersusah payah.
67. Jinak-jinak merpati
Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak.
68. Lintah darat
Orang yang makan riba.
69. Pening-pening lalat
Pening-pening pikat = berasa pening-pening sedikit.
70. Tangkai jering
Kedekut.
71. Bunga dedap ( Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak)
Orang yang elok dan tampan tetapi tiada berbudi.
72. Tidur-tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak
73. (seperti) Kera sumbang
Orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.
74. Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki
Baru hendak belajar sesuatu atau baru hendak memulakan sesuatu usaha.
75. Orang mengantuk disoringkan bantal
Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki (diingini).
76. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau = jikalau takut akan susah, jangan
dibuat sesuatu pekerjaan.
77. Mulut manis
Lemah lembut dan baik tutur katanya.
78. Umpama biawak bercabang lidah (lidah bercabang, lidah biawak)
Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya.
79. Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.
80. Berputih mata
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang).
81. Diam ubi berisi ( diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil – bukannya diam penggali
berkarat,melainkan diam ubi berisi)
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
82. Pinang pulang ke tampuk
Sudah cocok benar (sudah pada tempatnya).
83. Kuah tumpah /tertuang /tertunggang ke nasi atau (ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi)
a. Dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan)
b. Sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya.
c. Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya.
84. Makan angin
a. Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll)
b. Mendapat angin (kapal, layar, dll)
85. Bertikam lidah
Bertengkar
86. Panas baran
Panas bala = panas darah = cepat marah, sangat pemarah.
87. Gila-gila bahasa
Rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani,
tidak malu, dll perangainya).
88. Darah daging
a. Anak kandung
b. Kaum kerabat sendiri
89. Suara hati
Perasaan hati (untuk membezakan antara baik dengan buruk).
90. Sepoi-sepoi bahasa
Perlahan-perlahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir.
91. Beradu nasib
Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.
92. Isi hati
Isi dada = isi perut = perasaan atau fikiran.
93. (Seperti) Talam dua muka
Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri
sendiri).
94. Beradu tenaga
Bertanding untuk menentukan siapa yang kuat.
95. Khabar angin
Desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi.
96. Terdengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan (harapkan guruh di langit, air
tempayan dicurahkan)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
97. Setahun jagung ( Umur setahun jagung (darah setampuk pinang)
Seseorang yang masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat.
98. Anak angkat
Anak yang diambil dan dijadikan anak sendiri.
99. Mabuk laut
Pening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu).
100. Sampai hati
Sampai hemat = berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sendiri.
No comments:
Post a Comment